imtiaz....
telah mendidikku menjadi manusia
telah mengajakku mengenal tuhan
telah memberi kesempatan kepadaku untuk merasai betapa khudus cinta dariNYA
duhai sohabat,
sekali kau berpijak di bumi imtiaz
janganlah kau berfikir untuk berundur hanya dek ujian yg sedang memanahmu
sabarlah, duhai sahabat...
huffazul quran,hamalatul quran dan seorang pelajar..memang sedang menuntut tanggungjawab yg besar...namun..adakah tanggungjawab dan amanah yang sedang kau pikul sekarang sebesar tanggungjawab rasul memimpin ummat???
renungkanlah...
imtiaz,
imtiaz yang kukenal dulu dan sekarang amat berbeza
kenapa???
aku sedih dengan perubahan ini...
ini bukan perubahan yang menyenangkan bagi diriku..bagi an-nissa',bagi tenaga pengajar dan juga bagi ILLAHI
masyaalah..
mengapa penduduk di bumi imtiaz ini tiada kesedaran
mengapa roh al-quran itu belum meresap dalam diri mereka..
mengapa ???oh tuhan hanya kau yang berkuasa melakukan semua ini..
sedarlah wahai sohabat..
al-quran bukan untuk dipegang tetapi
untuk dijadikan pegangan...
bangkitlah!!!
bangkitlah duhai kaum adam
bangkitlah duhai mujahid
bangkitlah membangun ummah
tegakkanlah syiar islam
jangan kau biar ad-deen ini musnah hanya dek kaum hawa
jangan kau biar nafsumu menguasai akal warasmu...
sedarlah ......bangunlah dari dunia penuh fantasimu...
kasihanilah kaum hawa.....jangan kau tambah dosa mereka dek kerana nafsumu tertarik pada mereka...
sedarlah...bukan niat kami untuk menarik perhatianmu....
beritahu kami ...apa harus kami perbuat..
sudah fitrah kaum hawa itu dilahirkan dengan keayuan,dengan kesopanan ....namun
janganlah kamu jatuh hanya kerna semua itu..
sedarlah..
bibidari sudah dijanjikan bagi para solihin...para mujahiddin
jagalah nafsumu yang justeru merupakan panahan iblis
sabarlah........untuk mendapat kesudahan yg baik...
dunia adalah ladang ke akhirat(imam al-ghazali)
amalmu akan membawamu kepada kesudahan yg baek
....................................mungkin aku terlalu beremosi..
mungkin aku tak sepatutnya menyalahkan kaum ADAM sahaja
namun...ingin ku jelaskan di sini
aku sudah tidak berdaya
melihat maksiat berlaku di depanku
melihat zina mata sewenang2nya berlaku
tahukah kalian bagaimana muamalat ini pada zaman nabi kita..
ketika didatangi seorang yang buta di hadapan rumah nabi(lelaki)nabi keluar lantas 2 orang isteri nabi pun keluar sama...nabi menyuruh mereka berdua masuk ke dalam....apabila orang yang buta itu pulang..ister2 beliau mampir dan bertanya mengapa baginda menyuruh mereka masuk sedangkan dia tidak dapat melihat mereka....rasulullah menjawab "tapi kalian boleh melihat mereka"...
jelaslah disini nabi tidak membenarkan kaum hawa walau hanya melihat muka adam saja....inikan pula eye contact yang boleh menjurus kepada zina mata dan seterusnya zina hati....adam juga tidak boleh melihat hawa kerana ia bisa membawamu ke lembah maksiat....jagalah pandangan duhai sahabat dikasihi...
coretan ini hanya sekadar luahan perasaanku yang kurang setuju dengan kaum adam yg menyuruh kami ber eye-contact ketika berhubung dengan mereka...ku tak ngerti apa tujuanmu...kami tidak memandang mu apabila berenteraksi dgn mu bukan bererti kami membencimu...kalian hanya dapat menduga ,namun hanya ALLAH yang tahu kebenaran...kami mahu mengelak dari berbuat dosa...bukankah membenci saudara seislam itu tidak dibenarkan islam .....jadi kenapa harus kami membenci kalian.....mungkin kami hanya tidak suka akan nafsu kalian yang tidak kalian jaga dan kawal dengan rapi...
aku menyeru pada kalian jagalah pandangan.....bersihkanlah hati sentiasa....muhasabahlah selalu menghitung berapa banyak dosa yang telah kita lakukan.....tazkirah ini bukan untuk antunna sahaja...tapi untuk diri ana juga yang selalu lupa ini.....ku pinta kemaafan andai coretanku bisa mengguris hati kalian.....wassalam
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment